8.1.2024 - Lawatan Rasmi PSMZA ke Ria Academy & Consultancy Sdn Bhd
 
Pihak Pengurusan PSMZA dan beberapa pegawai yang diketuai Pengarah PSMZA, Hajah Zamra binti Derahman telah mengadakan lawatan rasmi ke RIA Academy & Consultancy (RAC) bertempat di Paka, Terengganu.
Lawatan yang bertujuan menjalinkan hubungan baik dan mengadakan kolaborasi ini telah disambut baik oleh pihak RAC. Disamping mendapat pendedahan berkaitan peluang yang boleh dimanfaatkan oleh pelajar dan pensyarah PSMZA di RAC, pihak delegasi juga berpeluang melihat dan meninjau fasiliti dan latihan yang disediakan di RAC.
Turut diadakan majlis ringkas menandatangani CoC antara PSMZA dan RAC Sdn Bhd. Semoga dengan kerjasama yang terjalin ini dapat membuka peluang yang lebih cerah kepada graduan PSMZA khususnya ke arah meningkatkan lagi kebolehpasaran mereka.