12.4.2023 - Majlis Iftar Perdana & Tadarus Al-Quran
PSMZA hari ini telah menganjurkan Majlis Iftar Perdana & Tadarus al-Quran di Pusat Islam PSMZA. Program kerjasama Pusat Islam dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dilaksanakan dengan meriah sekali dan mendapat kerjasama dari semua kakitangan. Program bermula seawal jam 8 pagi dengan bergotong-royong menyembelih seekor lembu. Rewang memasak gulai kawah untuk juadah berbuka puasa itu mendapat kerjasama semua. Pengarah PSMZA, YBrs Puan Hajah Zamra Derahman turut meluangkan masa turun padang bersama-sama memasak gulai kawah. Di sebelah petangnya, majlis dimulakan dengan tadarus al-Quran al-karim oleh pelajar-pelajar dan dipimpin oleh Ustaz Zahari Yusof, Pensyarah Kanan JPA. Majlis disempurnakan oleh Puan Pengarah PSMZA. Turut diselitkan penyerahan sumbangan daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Yayasan Pembangunan Ekokomi Islam Malaysia (YaPEIM) kepada pelajar-pelajar PSMZA. Turut diraikan anak-anak yatim Maahad Tahfiz Perkaya Terengganu. Terima kasih kepada semua penyumbang sama ada dari segi kewangan dan tenaga dalam menjayakan program hari ini.