17.4.2023 - Majlis Perhimpunan Bulanan PSMZA Bil. 4/2023 - April
Majlis berlangsung di Dewan Dagang, PSMZA bermula jam 9 pagi dan berakhir jam 10.30 pagi. Majlis yang menjadi rutin bulanan ini merupakan flatform untuk Pengurusan Tertinggi (Pengarah) menyampaikan amanat kepada semua kakitangan. Selain menyampaikan amanat dan taklimat dalam majlis kali ini, Pengarah PSMZA, YBrs Puan Hajah Zamra Derahman telah mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada PPPT yang berjaya dalam kenaikan pangkat dan pemangkuan gred DH52 yang diumumkan pada minggu lalu. Pada majlis kali ini juga turut diadakan penyampaikan sijil penghargaan kepada kakitangan yang cemerlang bagi bulan Mac 2023. Tahniah kepada semua dianugerahkan Pekerja Contoh Mac 2023.