17.4.2023 - Pengagihan Bakul Kasih Ramadan 2023/1444H
Mengambil keberkatan bulan Ramadan yang mulia ini, Jabatan Matematik, Sains & Komputer (JMSK) telah mengambil inisiatif dengan mengadakan program tersebut bagi membantu golongan yang memerlukan. Program Bakul Kasih Ramadhan ini adalah merupakan pemberian bantuan berbentuk barangan keperluan dapur bagi meringan beban golongan tersebut. Pengagihan di JMSK telah disempurnakan oleh Ts Mohyiddin Salleh, Timbalan Pengarah Akademik. Bakul yang berisi keperluan asas dapur itu adalah hasil daripada sumbangan kakitangan jabatan itu sendiri dan juga staf PSMZA umumnya. Ia dapat dimanfaatkan oleh 105 buah keluarga B40. Golongan sasaran penerima bantuan ini terdiri daripada kalangan warga PSMZA, pengawal keselamatan, pekerja am dan komuniti sekitar. Dalam pada itu, YBrs Puan Hajah Zamra Derahman, Pengarah PSMZA mengharapkan pogram ini dapat sedikit sebanyak meringan beban mereka sekaligus mendekatkan hubungan dengan masyarakat setempat serta dapat membudayakan kasih sayang dan sikap prihatin PSMZA. Beliau berkata demikian ketika dihubungi Unit Komunikasi Korporat PSMZA lewat petang ini bagi mengulas program berkenaan.