2.5.2023 - Lapor Diri Bertugas Pemangkuan PPPT DH52
Pagi ini diadakan satu Sesi Lapor Diri Pemangkuan PPPT DH52 dan Taklimat Bersama Pengarah PSMZA bertempat di BMU. Puan Pengarah, YBrs Hjh Zamra Derahman merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua PPPT yang berjaya dalam kenaikan gred pemangkuan DH52 yang diumumkan baru-baru ini. Beliau juga turut berpesan agar PPPT yang melapor diri hari ini dapat meneruskan momentum kecemerlangan demi kemantapan pendidikan PSMZA. Turut sama dalam majlis ialah Timbalan Pengarah Akademik, Ts Mohyiddin Salleh dan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Ts Dr Mohd Hafizil Mat Yasin. Hadir sama ialah urusetia kenaikan pangkat, YM Sharipah Anisah Syed Othman, Pegawai Eksekutif Tertinggi. Tahniah kepada semua PPPT yang berjaya.