3.5.2023 - JK EKSA PSMZA Kunjungi Pengarah
Jawatankuasa Induk EKSA PSMZA telah mengunjungi Pengarah PSMZA, Puan Hajah Zamra Derahman di pejabatnya pada 2 Mei 2023 pukul 4.15 petang. Hadir mengetuai jawatankuasa tersebut ialah Pengurus EKSA PSMZA, Nor Hayati Ab Rahim. Pertemuan ini bertujuan bagi meminta pandangan dan pendapat suntikan semangat, sokongan dan dorongan yang
mantap daripada Puan Pengarah PSMZA. Semoga pasukan Jawatankuasa Induk EKSA PSMZA terus maju dalam merealisasikan ekosistem kondusif kepada warga PSMZA keseluruhannya.