3.5.2023 - Kunjungan Hormat Bahagian Penguatkuasa JHEAT ke PSMZA
PSMZA hari ini menerima kunjungan beberapa orang pegawai daripada Bahagian Penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). Delegasi JHEAT diketuai oleh Encik Kamal Mamat, Penolong Kanan Pesuruhjaya (Pencegahan & Siasatan) JHEAT. Bersama dalam delegasi ialah Encik Husni Hamidi Mohd Hamdan, Penolong Pesuruhjaya (Operasi) JHEAT. Turut sama ialah Encik Muhsin dan Encik Fadhil dari Pejabat Agama Daerah Dungun. Delegasi tersebut telah disantuni oleh YBrs Ts Mohyiddin Salleh, Timbalan Pengarah Akademik PSMZA dan beberapa pegawai kanan PSMZA. Dalam pertemuan ringkas tersebut sempat membincangkan ruang-ruang kolaborasi yang boleh diadakan antara kedua-dua institusi bagi pembangunan pendidikan pelajar. Delegasi juga sempat bertemu dengan Pengarah PSMZA, YBrs Puan Hajah Zamra Derahman yang baru pulang dari kerja luar pejabat. Terima kasih kepada delegasi di atas kunjungan. Semoga apa yang dibincangkan membuahkan hasil seperti yang diharapkan.