5.5.2023 - Program Jatidiri Usahawan PSMZA
Program tersebut dianjurkan oleh Unit Keusahawanan PSMZA dan disertai oleh pelajar-pelajar terpilih serta berminat dalam bidang perniagaan. Program ini dirancang bertujuan untuk memberi pendedahan secara langsung kepada para pelajar mengenai pengurusan aktiviti supaya dapat diterapkan dalam pengurusan perniagaan. Menerusi program ini juga, para pelajar dapat mempamerkan bakat mereka dalam pelbagai kemahiran yang dapat digunakan dalam bidang keusahawanan. Secara tidak langsung para pelajar dapat mempraktikkan kemahiran menyelesaikan masalah dan kerja berpasukan yang ada di dalam diri mereka. Ia telah berlangsung di Bfirst Chalet, Kg Kuala Besut selama 2 hari 1 malam. Pelajar yang terpilih ialah pelajar pelatih di bawah pengurusan PLKPP JTMK iaitu seramai sepuluh orang pelajar dan dua orang AJK. Ia telah mendapat kerjasama daripada Syarikat KVG Juta Sdn Bhd selaku mentor industri dan menjadi fasilitator program. Dalam pada itu, Puan Pengarah PSMZA, Zamra Derahman berkata, "Pihak Pengurusan PSMZA memberi sokongan dan kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan program keusahawan untuk memberi nilai tambah kepada pelajar selain kursus akademik di bilik kuliah." Beliau berkata demikian ketika dihubungi Unit Komunikasi Korporat PSMZA apabila diminta mengulas berkaitan program tersebut. Tahniah kepada semua peserta.