8.5.2023 - Majlis Flag Off Kontijen PSMZA Ke Kejohanan FIRA Cup Malaysia Ke-16 2023
YBrs Puan Hajah Zamra Derahman, Pengarah PSMZA telah meluangkan masa untuk satu majlis ringkas flag off Kontijen PSMZA yang menyertai Kejohanan FIRA Cup Malaysia Ke-16 2023 bertempat di Politeknik Seberang Prai pada 8 hingga 12 Mei 2023. PSMZA akan menyertai kategori Airdrone (Autonomous Drone Line Challenge, Emergency Delivery and Tower Inspection & Drone Race (FPV) Mybot (Autonomous Racing Car & Gladiator & warrior) , Aibot (Voice Command Challenge & Parking Challenge) dan Simurosot (Autonomous Racing Car Challenge & Autonomous Drone Simulation Challenge). Dalam ucapan ringkas, Puan Pengarah berpesan kepada para peserta agar membuat yang
terbai
 
k dan turut mendoakan kemenangan dapat dibawa pulang. Selain daripada suntikan semangat, beliau juga turut berpesan agar menjaga diri dan nama baik PSMZA di sana nanti. Turut sama di dalam majlis ringkas itu ialah Ts Mohyiddin Salleh (TPA) dan Ts Dr Mohd Hafizil Mat Yasin (TPSA) serta beberapa pegawai kanan. Selamat berjuang Pasukan FIRA PSMZA.