28.11.2023 - Pelancaran Proton S70 Di Indah Sari Otomobil Sdn Bhd
Hari ini, YBrs Puan Hajah Zamra Derahman, Pengarah PSMZA dijemput ke Majlis Pelancaran Proton S70 di Indah Sari Otomobil Sdn Bhd, satu syarikat yang menjadi rakan kolaborasi utama PSMZA. Dalam majlis tersebut, Puan Pengarah PSMZA diberi penghormatan untuk mencuba kereta keluaran terbaru syarikat Proton itu sebagai simbolik perasmian.
“Kereta nasional yang mempunyai ciri dan fungsi setara dengan kereta mewah buatan luar negara tetapi memberi harga mampu milik untuk golongan M40," katanya ketika diminta memberi ulasan oleh jurujual syarikat kereta tersebut.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Polis Daerah Dungun, YDH Supt. Maizura Abdul Kadir. Indah Sari Otomobil merupakan rakan strategik PSMZA dalam bidang automotik yang sangat aktif berkolaborasi melalui Automotive Technology Centre -ATeC- COT PSMZA. Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Ts Dr Mohd Hafizil Mat Yasin dan beberapa orang pegawai kanan PSMZA turut sama hadir ke majlis itu.