23.11.2023 - KUNJUNGAN UNIVERSITAS SERAMBI MEKKAH, ACHEH, INDONESIA KE PSMZA
Seramai 9 orang delegasi USM, Indonesia yang diketuai Ibu Vera Viena, Head of Environmental Department dan para pensyarah dari bidang kejuruteraan telah mengadakan kunjungan ke PSMZA yang bertujuan mencari ruang kolaborasi yang boleh diadakan bagi menambah baik sistem pendidikan di sana. Delegasi sempat dibawa meninjau fasiliti dan kaedah pembelajaran yang digunapakai di makmal Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) dan Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE). Delegasi disambut baik oleh pengurusan tertinggi, Timbalan Pengarah (Akademik), Ts. Mohyiddin bin Salleh, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik), Ts. Dr. Mohd Hafizil bin Mat Yasin, Ketua-Ketua Jabatan dan Unit serta beberapa pegawai lain yang terlibat.