25.11.2023 – PROGRAM MyBF CSR KOMUNITI : MEMPERKASA TEKNOLOGI, MENYINARI KOMUNITI & CSR TVET KOMUNITI MADANI YTN & PSMZA 2023
Jabatan Hal Ehwal Pelajar PSMZA dengan kerjasama Yayasan Tenaga Nasional & Pejabat Perpaduan Daerah Dungun telah menganjurkan program CSR di 3 KRT di Padang Pulut, Dungun, Terengganu iaitu KRT Kg. Burung Baru, KRT Bukit Merah & KRT Kg. Betong (Padang Pulut). Program ini telah disertai oleh 20 orang pelajar di bawah tajaan Dermasiswa My Brighter Future (MyBF), YTN dan 20 pelajar volunteer PSMZA serta 20 orang staf akademik PSMZA.
Program ini merangkumi 4 projek iaitu mengecat masjid, pendawaian elektrik di balairaya, servis motosikal (tukar minyak hitam) & gotong royong di masjid & balairaya. Tujuan program ini adalah perkongsian kemahiran dan pengetahuan pelajar & staf kepada komuniti setempat, melahirkan warga PSMZA yang bersifat prihatin dan sayang kepada masyarakat serta mempromosikan nama PSMZA kepada masyarakat setempat.
Program ini turut dimeriahkan oleh penduduk di 3 KRT dengan aktiviti pertandingan dam aji, pembukaan booth pemeriksaan mata percuma, pertandingan mewarna & aktiviti memasak bersama-sama.
Program ini diserikan lagi dengan kehadiran Ts. Mohyiddin bin Salleh (Timbalan Pengarah Akademik PSMZA), Ts. Dr. Mohd Hafizil bin Mat Yasin (Timbalan Pengarah Sokongan Akademik), En. Mohd Farid bin Mohammad@Omar (Pen. Peg. Perpaduan merangkap Pegawai Penyelia Rukun Tetangga Zon Sura & Jerangau) dan En. Mazudi bin Ramthan (Ketua Jabatan HEP).
Secara keseluruhannya, program CSR ini berlangsung dengan jayanya. Dengan adanya program seperti ini, pelajar & staf PSMZA dapat menimba & berkongsi ilmu dalam aktiviti luar yang berbentuk kemasyarakatan. Di harap dengan program ini, sedikit sebanyak nilai-nilai murni dapat digarap dalam diri pelajar & staf juga.