23.11.2023 - TEAM TE PSMZA CIPTA NAMA DI PERTANDINGAN E-SPORT MOBILE LEGENDS BANG BANG: RISE OF CHAMPIONS TOURNAMENT TAHUN 2023
Tahniah TEAM TE daripada Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK), PSMZA telah mendapat anugerah MOST FAVORITE TEAM dalam pertandingan E-SPORT MOBILE LEGENDS BANG BANG: RISE OF CHAMPIONS TOURNAMENT TAHUN 2023 yang telah berlangsung di Dewan Serbaguna, UMPSA Pekan, Pahang pada 22 November 2023. JTMK telah menghantar dua kumpulan iaitu Team TE dan ME yang terdiri daripada 6 orang pelajar setiap kumpulan serta 2 orang pensyarah pengiring iaitu Puan Efeza Che Apandey dan Puan Shaifatul ‘Ain Mohamad. Pemenang telah menerima hadiah jam tangan Huawei band 7, piala dan sijil. Pertandingan ini diharapkan dapat meningkatkan keyakinan, semangat dan daya saing serta memberikan nilai tambah kepada para pelajar JTMK dan PSMZA amnya.