28.1.2024 - Pendaftaran Pelajar Baharu PSMZA
PSMZA telah menerima pendaftaran pelajar baharu untuk semester pengajian sesi II : 2023/2024 pada 28 Januari 2024. Seramai 67 orang pelajar berjaya mendaftar masuk ke PSMZA dalam bidang yang ditawarkan.
Dalam pada itu, Puan Pengarah PSMZA, Hajah Zamra Derahman telah menyampaikan ucapan selamat datang kepada ibubapa dan pelajar dalam satu majlis di Dewan Dagang.
Ibubapa dan pelajar turut diberi taklimat berkaitan Program Dwi-Pensijilan Profesional Authorized Gas Tester Entry Supervisor (AGTES) yang disampaikan oleh Dato Nor Hisham Mohd Ariffin, CEO SRC Global Resources Sdn Bhd.
Pelajar-pelajar ini akan mengikuti Minggu Transformasi Siswa (MTS) selama tiga hari pada 29-31 Januari ini. Selamat datang dan tahniah kerana menjadi warga PSMZA.
"PSMZA masih lagi menerima pelajar-pelajar lepasan SPM, sijil Kolej Komuniti dan SKM tahap 3 yang layak di luar sana untuk datang mendaftar secara walk-in," kata Encik Mazudi Ramthan, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar PSMZA. Beliau berkata demikian ketika ditemui oleh Unit Komunikasi Korporat PSMZA semasa sesi pendaftaran tersebut.