28.1.2024 - Taklimat Penawaran Dwi Pensijilan Authorised Gas Tester and Entry Supervisor (AGTES) Kepada Ibu Bapa dan Pelajar Baharu Sesi II 2023/2024
Satu taklimat pengenalan dan penawaran dwi pensijilan AGTES telah disampaikan oleh Dato' Norhisham Mohd Ariffin, CEO SRC Group. PSMZA merupakan Politeknik pertama bekerjasama dalam melaksanakan program Dwi Pensijilan ini yang mana membolehkan para pelajar untuk belajar sambil bekerja di industri-industri terpilih. Semoga dengan inisiatif sebegini dapat membantu untuk menarik lebih ramai pelajar untuk menyambung pengajian ke PSMZA dan meningkatkan kebolehpasaran mereka di luar sana.