23.1.2024 – Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) merangkul Anugerah Kolaborasi Impak Tinggi Terbaik Kategori Politeknik sempena Majlis Aspirasi Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
Tahniah buat seluruh warga PSMZA atas pencapaian Anugerah Kolaborasi Impak Tinggi Terbaik Kategori Politeknik sempena Majlis Aspirasi Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti yang telah diadakan di Politeknik Kota Bharu.
Hajah Zamra binti Derahman, Pengarah PSMZA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat seluruh warga PSMZA yang menyumbang kepada kejayaan ini dan semoga kejayaan ini menjadi langkah permulaan ke arah menuju lebih banyak pencapaian yang gemilang bagi tahun 2024!
"PolyCC Pemacu Tenaga Mahir Negara"