22.1.2024 – Program Agihan Bantuan Banjir Warga Politeknik dan Kolej Komuniti Negeri Kelantan
Pengarah PSMZA, Hajah Zamra binti Derahman telah turut serta dalam program agihan bantuan banjir buat warga PolyCC negeri Kelantan yang terkesan akibat bencana banjir baru-baru ini. Taklimat berkenaan program telah diadakan di Kolej Komuniti Pasir Mas Cawangan Rantau Panjang yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Governan), Ts. Haji Kamaludin bin Daud.
Turut serta dalam program pasca banjir ini ialah Pengarah Bahagian Governan dan Kecemerlangan (BGK), Ts. Abdul Razak bin Sabtu, Pengarah-Pengarah Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Kelantan dan Terengganu serta beberapa pegawai dari Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).