17.12.2023 - Program ‘Infaq Breakfast B4 Exam'
Minggu peperiksaan bagi pelajar Politeknik seluruh Malaysia sudah menjelang tiba.
Dalam keadaan para pelajar sedang bertungkus lumus menelaah pelajaran masing-masing, pihak JHEP dengan kerjasama Unit Peperiksaan dan Majlis Perwakilan Pelajar PSMZA berusaha membantu mengurangkan sedikit bebanan para pelajar dengan menghulurkan bantuan makanan untuk sarapan pagi pelajar pada setiap hari peperiksaan berlangsung.
Program ini bermula seawal jam 7.45 pagi sehinggalah semua pelajar mula menduduki peperiksaan pada jam 8.30 pagi. Pengarah PSMZA, Puan Hajah Zamra Derahman turut sama merasai denyut nadi pelajar PSMZA dengan sama-sama turun padang mengagihkan makanan kepada para pelajar. Turut sama ialah Ts Mohyiddin Salleh, Timbalan Pengarah Akademik. Pengagihan sarapan kepada para pelajar ini akan berlangsung setiap hari sepanjang minggu peperiksaan berlangsung. Terima kasih kepada penyumbang.