14.12.2023 - Eksklusif Majlis Apresiasi Staf (EMAS) PSMZA
Majlis tersebut telah berlangsung di Dewan Dagang dengan bertemakan pakaian tradisional. Majlis ini dikelolakan oleh Jabatan Pengajian Am dan disekalikan dengan Majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan Disember. EMAS diadakan bagi meraikan dan memberi penghargaan kepada staf-staf yang terpilih sebagai ikon kecemerlangan dalam kalangan staf PSMZA yang semuanya cemerlang.
Antara kategori anugerah yang diberikan ialah Ikon Pensyarah TVET, Ikon Kolaborasi, Ikon Keusahawanan, Ikon Sukan & Kokurikulum, Ikon Kesukarelawan, Ikon Projek Pelajar, Ikon Penyelidikan & Inovasi, Ikon Kerohanian, Ikon Tadbir Urus dan Ikon Infra & Teknikal. Majlis perasmian dan penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Pengarah PSMZA, YBrs Puan Hajah Zamra Derahman.
Hadir sama ialah Ts Mohyiddin Salleh, Timbalan Pengarah Akademik dan Ts Dr Mohd Hafizil Mat Yasin, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik.
Turut diadakan penyampaian sijil kepada staf cemerlang bagi bulan Oktober, November & Disember 2023. Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari dan diwarnai dengan acara cabutan bertuah. Tahniah dan syabas kepada semua staf yang menerima anugerah pada EMAS kali ini dan terima kasih kepada Jabatan penganjur.