07.12.2023 - MAJLIS SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK DAN MAJLIS MENANDATANGANI SIJIL KOLABORASI STATEGIK 2023 SEKOLAH KEBANGSAAN BATU 7 BERSAMA PSMZA
Majlis menandatangani Sijil Kolaborasi Stategik 2023 SK Batu 7 bersama PSMZA diadakan bertujuan untuk berkongsi pelbagai bidang kepakaran, inovasi serta bekerjasama dalam menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan. Turut diadakan sambutan hari kanak-kanak peringkat sekolah bertemakan animasi bagi memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada kanak-kanak yang diharap dapat memberi kesedaran kepada masyarakat akan peranan dan tanggungjawab dalam memelihara hak serta masa depan kanak-kanak sebagai pelapis kepimpinan negara.
Majlis telah dirasmikan oleh Hajah Zamra binti Derahman, Pengarah PSMZA dengan disaksikan En.Roslan bin Sulaiman, Guru Besar SK Batu 7, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PSMZA, NYDP PIBG SK Batu 7, pihak pengurusan SK Batu 7, guru-guru dan para pelajar. Semoga dengan kerjasama ini dapat memberi impak yang positif buat kedua-dua pihak.