7.12.2023 - Taklimat AGTES & Up Skilling Course
Satu taklimat telah disampaikan oleh Dato' Nor Hisham Mohd Ariffin, Ketua Pegawai Eksekutif, SRC Global Resources kepada peserta-peserta AGTES bertempat di CISEC PSMZA. Turut diadakan satu pertemuan bersama Pengurusan PSMZA berkaitan kursus Up Skilling. Perjumpaan tersebut bagi membincangkan berkenaan tawaran kursus kompetensi Authorized Gas Tester Entry Supervisor (AGTES) kepada pelajar semester satu yang akan dimasukkan ke dalam program pengajian diploma kejuruteraan. Pelajar-pelajar yang terlibat dengan program ini nanti akan dianugerahkan sijil kompetensi dalam bidang oil & gas seusai pengajian diploma. Pengarah PSMZA, YBrs Puan Hajah Zamra Derahman menyambut baik program kerjasama ini yang dapat memberikan impak yang besar kepada pelajar seterusnya meluaskan lagi kebolehpasaran graduan PSMZA.