26.10.2023 - Program Kursus Asas Pengenalan Internet Of Things (IOT)
Kursus asas pengenalan kepada IOT ini telah berlangsung dengan jayanya pada 25-25 Oktober 2023. Ia telah melibatkan wakil semua program daripada semua jabatan di PSMZA. Kursus ini merupakan anjuran Unit Penyelidikan , Inovasi & Komersial PSMZA. Seramai 23 orang peserta pelajar yang terpilih termasuk AJK pelajar telah menyertai kursus tersebut.
Kursus ini telah memberi pendedahan kepada para pelajar untuk menyiapkan projek akhir mereka di samping memupuk dan menanam minat pelajar kearah memperkayakan ilmu pengetahuan dalam bidang IOT seiring teknologi yang menuju revolusi IR 4.0. Kursus ini telah dijayakan oleh pensyarah yang berkaliber daripada Jabatan Kejuruteraan Elektrik iaitu Pn Wee Siuw Sia dan Puan Ct Salwaniee Bahayahkhi.
Di akhir Kursus, sesi penyampaian sijil kepada semua peserta dan penceramah telah diadakan dan disampaikan oleh Ketua Unit Penyelidikan , Inovasi & Komersial, Pn Norfadhilah Hasan. Semoga dengan berlangsungnya program sebegini memperkasakan dan mempersiapkan diri pelajar ke arah yang berdaya saing. Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur.