26.10.2023 - Program PPI Industrial Talk: Goals And Contribute To A Sustainable Future
Telah berlangsung Program PPI anjuran JMSK, bertempat di Coara Marang Sdn Bhd. En Naim Roni selaku Aset Manager daripada Solar Marang merupakan penceramah yang telah berkongsi ilmu kepada 30 orang peserta semester 1. Pelajar-pelajar ini adalah daripada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, dan Jabatan Kejuruteraan Awam.
Pelajar didedahkan secara langsung Renewable Energy yang mereka pelajari dalam modul Science Engineering dalam topik 4 iaitu Work, Power, And Energy. Industrial Talk: Goals And Contribute To A Sustainable Future merupakan program PPI Jabatan Matematik, Sains, dan Komputer yang memberikan impak besar dalam Pelan Tindakan Strategik PSMZA di bawah Teras 5: Menghasilkan graduan TVET yang berkualiti dan Teras 5: Memperkukuhkan kolaborasi industri, komuniti dan alumni bagi turut sama mencapai KPI Pelan Transformasi Pendidikan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin 2021-2025.