18.5.2023 - ROADSHOW BERSAMA 2050 MYKAMPUS RADIO
Satu program anjuran MyKampus Radio dengan kerjasama Jababan Hal Ehwal Pelajar, Unit Komunikasi Korporat PSMZA dan MPP PSMZA bertempat di Dewan Dagang. Program selama satu hari ini merupakan program ilmiah kenegaraan dan diselitkan dengan pameran kesenian. Ia mensasarkan pelajar juga kakitangan PSMZA bertujuan bagi memberi pendedahan berkaitan ilmu kenegeraraan Malaysia dengan menggunakan kaedah permainan kuiz dan mini games. Program ini telah disempurnakan oleh Ts Mohyiddin Salleh, Timbalan Pengarah Akademik PSMZA. Program sebegini dilihat mampu memberikan nilai tambah kepada pelajar ke arah menjadikan mereka lebih berkeyakinan tinggi dan peka terhadap isu-isu semasa.