18.5.2023 - Penyampaian Hadiah Inter Department Sports Challenges @ PSMZA (IDeSC) 2023
Majlis anjuran Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK) Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) itu telah berlangsung pada 17 Mei 2023. Kejohanan tersebut bermula pada 7 hingga 16 Mei 2023 bertempat di Kompleks Sukan PSMZA. Empat jabatan iaitu Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Awam dan Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi telah terlibat dalam kejohanan ini. Sebanyak 14 sukan telah dipertandingkan bagi kategori pelajar. Johan keseluruhan IDeSC edisi pertama dimenangi oleh JTMK yang membawa pulang Piala Pengarah PSMZA. Pasukan JTMK memungut 5 emas, 2 perak dan 2 gangsa. Objektif kejohanan adalah untuk memilih pemain yang berpotensi dan berbakat bagi mewakili PSMZA di kejohanan sukan akan datang. Turut diadakan majlis penyampian hadiah bagi kategori staf. Kejohanan anjuran JSKK dengan kerjasama Kelab Staff PSMZA. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ts Mohyiddin Salleh (TPA) dan Ts Dr Mohd Hafizil Mat Yasin (TPSA). Turut hadir Abdul Hadi Abdullah KJSKK, Ahmad Tarmizi Muhamad, Pengerusi Kelab Staf serta ahli Mesyuarat Pengurusan PSMZA. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua ketua teknikal, penyelaras sukan jabatan, pengurus, jurulatih dan semua peserta yang terlibat.