18.5.2023 - Majlis Sambutan Aidilfitri & Penyampaian Sumbangan Alumni JTMK
Majlis tersebut adalah dianjurkan oleh Kelab Kebajikan Staf JTMK dengan kerjasama Alumni JTMK bertempat di Dewan Serbaguna PSMZA pada 17 Mei 2023. Sumbangan Aidilfitri daripada Alumni JTMK disampaikan oleh Puan Noor Fatimah Mohamad salah seorang Alumni JTMK PSMZA yang sedang berkhidmat di Bank Rakyat Cawangan Dungun. Majlis telah disempurnakan oleh Ts Mohyiddin Salleh, Timbalan Pengarah Akademik. Hadir sama ialah Aida Azmila Azmi, Ketua Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi. Menurut Penyelaras Alumni JTMK, Puan Norazlina Ibrahim berkata "Wang sumbangan daripada alumni ini dapat dimanfaatkan oleh 25 orang pelajar dalam kalangan B40 yang terpilih dari jabatan JTMK juga." Majlis berakhir dengan jamuan makan sempena sambutan Aidilfitri.