17.5.2023 - AGREED MINUTES OF MEETING PSMZA - SUNGAIKOLOK INDUSTRIAL & COMMUNITY EDUCATION COLLEGE (SICEC) THAILAND
Telah berlangsung majlis penyerahan dokumen AMM antara PSMZA dengan SICEC bertempat di Pusat Sumber PSMZA pada 16 Mei 2023. Delegasi SICEC yang hadir adalah seramai enam orang diketuai oleh Kasfee Domae, Timbalan Pengarah SICEC. Mereka disantuni oleh Ts Dr Mohd Hafizil Mat Yasin, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PSMZA, Mohd Shahrezal Abdul Hamid (KJKA) dan Ketua-ketua jabatan serta para pensyarah dan pelajar JKA. Antara kandungan AMM yang dimeterai ialah perkongsian kepakaran dan jaringan kolaborasi pintar antara kedua-dua institusi yang mana dapat memberi peluang dan nilai tambah disamping dapat meningkatkan kompentensi pensyarah dan pelajar PSMZA. Selain majlis tandatangan persefahaman yang telah dijalankan, PSMZA juga mengadakan sesi perkongsian ilmu berkaitan dengan Building Information Modelling (BIM) kepada staf akademik SICEC. Semoga jalinan ini akan berterusan dan memberi manfaat besar kepada para staf dan juga pelajar kedua-dua institusi.