17.5.2023 - Nur Laili Idani Rosli Pelajar JTMK PSMZA Wakil Terengganu Dalam Sirkit 2 Kejohanan Woodball Kebangsaan 2023
Saudari Nur Laili Idani Rosli, pelajar dari Jabatan JTMK yang mewakili negeri Terengganu dalam Kejohonan Woodball Kebangsaan Sirkit 2 2023 telah merangkul tempat ke 3 bagi kategori berpasukan. Kejohanan anjuran Persatuan Woodball Malaysia dengan kerjasama Persatuan Woodball Pahang itu telah diadakan di Laman Woodball, De Rhu Beach Resort, Balok, Kuantan Pahang pada 11 – 14 Mei 2023. Dalam pada itu, Pengarah PSMZA, Puan Hajah Zamra Derahman merakamkan ucapan tahniah kepada beliau dan memberikan kata-kata semangat untuk meneruskan kecemerlangan di peringkat seterusnya. Tahniah saudari Nur Laili Idani Rosli kerana telah mengharumkan nama PSMZA di peringkat kebangsaan.