14.5.2023 - KURSUS ASAS PERTAHANAN AWAM SIRI 1 2023
Kursus tersebut telah diadakan pada 11-13 Mei 2023 bertempat di Bilik Seminar ULPL. Kursus anjuran PISPA PSMZA dengan kerjasama APM daerah Dungun ini melibatkan 29 pelajar PISPA PSMZA dikendalikan oleh jurulatih dan pegawai dari Pejabat Pertahanan Awam Dungun. Kursus asas ini bertujuan untuk melayakkan peserta mendapat nombor badan dan menjadi anggota sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Modul kursus merangkumi pengenalan kepada Pertahanan Awam, asas kemahiran kawad kaki, asas kemahiran medik, asas kemahiran melawan kebakaran, asas kemahiran ikatan dan simpulan serta asas kemahiran menyelamat.