14.5.2023 - International TVET Skill Exchange Programme (PSMZA-UIS-STAI)
Program yang dianjurkan oleh JKE, JTMK dan MPP PSMZA tersebut telah melibatkan 19 orang pelajar dan 14 orang pensyarah serta pegawai kanan PSMZA bertempat Dewan Utama, Universitas Ibnu Sina, Batam Indonesia. Program CSR Antarabangsa ini merupakan kolaborasi tiga institusi iaitu PSMZA, UIS dan STAI. Kepakaran dan kemahiran PSMZA yang ada melalui pelajar dan pensyarah pengiring disalurkan kepada masyarakat desa di sekitar kepulauan Batam. Peserta PSMZA telah dibahagikan kepada tiga kumpulan bagi mensasarkan sasaran aktiviti khidmat berlainan kepada komuniti. Satu kumpulan telah membuat kerja-kerja pendawaian elektrik di beberapa surau terpilih. Kumpulan kedua membantu dalam khidmat 'sharing knowledge' dan kumpulan ketiga menyumbang khidmat urusetia dalam seminar kepada pengusahaan kerepek nenas. Alhamdulillah segala perancangan yang diatur berjalan dengan baik dan mencapai objektif program.