23.5.2023 - STUDENT PROJECT COMPETITION ON INNOVATION AND INVENTION DESIGN (SPEED) SESI 2: 2022/2023
SPEED Sesi 2:2022/2023 telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Akademik PSMZA, YBrs Ts Mohyiddin Salleh bertempat di Dewan Kuliah Utama (DKU). Program anjuran Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) dengan kerjasama Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersial (UPIK) PSMZA telah disertai oleh 20 kumpulan projek pelajar semester akhir dari empat jabatan induk yang terdiri daripada 4 kumpulan dari JKA, 7 kumpulan mewakili JKM, 4 kumpulan mewakili JKE dan 5 kumpulan dari JTMK. Antara objektif utama penganjuran pertandingan ini bertujuan untuk membudayakan Revolusi Industri IR4.0 berdasarkan Pelan Transformasi Tindakan PSMZA (2021-2025) iaitu menganjurkan pertandingan penghasilan Produk atau Sistem yang berkualiti, serta bercirikan Inter-Disiplin yang berpotensi dan menepati kehendak pasaran. Program SPEED ini telah berlangsung selama dua hari bermula 21 Mei 2023. Proses penjurian berjalan lancar dengan melibatkan 4 orang panel industri, berfokuskan kepada produk inovasi berdasarkan rubrik pemarkahan SPEED yang telah ditetapkan. Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah kepada pemenang berlangsung pada 22 Mei 2023. Tahniah kepada pemenang.
Champion: FORMULA AUTOMOTIVE MANAGEMENT SYSTEM dari JTMK, projek seliaan EN KAMALUL HAYAT BIN RAMAN
1st RUNNER UP: E-RMT SYSTEM SK BATU 7 dari JTMK, projek seliaan EN YASWADI BIN MAT YASIM
2nd RUNNER UP: EZ GRIND VALVE MACHINE dari JKM, projek seliaan PN SURNIZA BINTI MOHD HILMIN
Tahniah juga kepada JTMK yang telah dinobatkan sebagai BEST DEPARTMENT ACHIEVEMENT AWARD.