24.5.2023 - Mini Kejohanan Woodball PSMZA
Sempena Hari Riadah pagi ini, Kelab Woodball PSMZA dengan kerjasama Jabatan Sukan & Kebudayan PSMZA telah menganjurkan Mini Kejohanan Woodball bertempat di Padang Woodball PSMZA. Kejohanan yang disertai seramai 20 orang ahli kelab itu bermain secara beregu yang ditentukan mengikut cabutan undian. Menurut Presiden Kelab Woodball PSMZA, Encik Saiful Azizi Abdullah berkata "Kejohanan mini seperti ini secara tidak langsung akan mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan ahli kelab." "Insya Allah, kita akan mengadakan penganjuran sebegini setiap bulan mengikut kelapangan dan keperluan," ujarnya lagi. Hadiah pemenang telah disumbangkan oleh Tuan Haji Sarifudin Abdullah. Tahniah kepada semua pemenang.