25.5.2023 - Kursus Pemantapan Crisis Management Team (CMT) RELASIS PSMZA
 
Kursus tersebut dianjurkan untuk pelajar PSMZA yang menyertai RELASIS Semester 1 dan 2 bagi Sesi 2 : 2022/2023 bertempat di Balai Bomba & Penyelamat Paka Terengganu. PSMZA ingin merakamkan ucapan terima kasih atas kerjasama Balai Bomba Paka Terengganu, khususnya kepada Encik Wan Mohd Razilan Wan Salleh (Pegawai Bomba Kanan 11), Encik Nor Hazamullah Abdullah (Pegawai Bomba Kanan 11), Encik Muhamad Hazwan Ghazali (Pegawai Bomba Kanan 11) dan semua anggota Bomba yang terlibat dalam menjayakan aktiviti pertolongan cemas, mendaki bukit Mok Budu, latihan dalam kumpulan dan rempuh halangan. Rakaman ucapan tahniah kepada pelajar-pelajar RELASIS 1 di bawah bimbingan PgR (Bersekutu) Fauziah Basok dan RELASIS 2 di bawah bimbingan PgR (Bersekutu) Hanapi Jusoh yang telah menamatkan kursus ini dengan jayanya. Terima kasih juga kepada Pegawai Penyelaras RELASIS, PgR Mohd Samsudin Ismail, Adjutan RELASIS, PgR (Bersekutu) Mohd Sabrie, Timbalan Adjutan PgR (Bersekutu) Mohd Amran Che Mood dan MySTEP RELASIS Encik Wan Mazrul Nizam yang turut hadir bagi menjayakan program ini.
 
#ukkpsmza #relasispsmza #polycc #psmza @balaibombapakaterengganu