11.05.2023 - BENGKEL PEMANTAPAN MEKANIK STRUKTUR
Bengkel tersebut telah diadakan di Dewan Kuliah Utama, PSMZA yang melibatkan lebih 90 orang peserta semester 2 JKA yang mengambil kursus Mechanics of Civil Engineering Structures (DCC20053) bersama 4 orang pensyarah yang mengajar kursus berkenaan.
Program anjuran JABATAN KEJURUTERAAN AWAM PSMZA ini merupakan inisiatif jabatan untuk meningkatkan peratus lulus bagi kursus tersebut berbanding sebelum ini. Selain itu, program ini juga diharapkan dapat membantu pelajar-pelajar mengukuhkan kefahaman masing-masing dalam topik yang telah dipelajari di dalam kelas sebelum ini.
Aktiviti bengkel melibatkan beberapa perkara asas penting yang perlu dikuasai oleh pelajar serta teknik menjawab soalan berdasarkan soalan peperiksaan lepas. Bengkel ini dilaksanakan untuk memberi persediaan kepada pelajar-pelajar dalam menghadapi Peperiksaan Akhir nanti.