11.5.2023 - Majlis Raikan Syawal Zon Kapas (Blok Pentadbiran)
Majlis sambutan Aidilfitri ini diadakan di Lobi Blok Pentadbiran atau Zon Kapas, PSMZA. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran 'Top 3 PSMZA Management' iaitu Pengarah PSMZA, YBrs Puan Hajah Zamra Derahman dan kedua-dua timbalan beliau, Ts Mohyiddin Salleh (TPA) dan Ts Dr Mohd Hafizil Mat Yasin (TPSA). Majlis hari ini adalah hasil anjuran Unit Khidmat Pengurusan, Unit Kewangan, Unit Peperiksaan dan Unit Komunikasi Korporat PSMZA. Majlis juga diselitkan dengan bacaan doa selamat untuk Puan Pengarah yang akan mengerjakan ibadah umrah di Mekah pada 16 Mei 2023 nanti. Semoga jamuan dan sambutan sebegini menjadi asbab keakraban dan jalinan silaturahim dalam kalangan staf di sini. Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis hari ini dan terima kasih juga kepada undangan yang hadir.