11.8.2023 - Muhammad Izzul Irfan, Pelajar PSMZA Wakili Malaysia Raih Emas Dalam Sukan Sea Ke-32 Kemboja 2023
Tahniah buat Muhammad Izzul Irfan Marzuki, pelajar dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) yang berjaya mengondol pingat emas buat kontinjen Malaysia di Sukan SEA Kemboja 2023. Beliau telah berjaya menyumbang pingat emas ke tiga buat kem Malaysia bagi acara silat Kelas D Putra (bawah 65 kilogram) menewaskan pesilat dari Indonesia. Dalam pada itu, Pengarah PSMZA, YBrs Puan Hajah Zamra Derahman merakamkan ucapan tahniah kepada beliau melalui video call bagi mewakili seluruh warga PSMZA, dan menyatakan rasa bangga dengan kejayaan yang dicapai. Syabas dan tahniah diucapkan. Teruskan kecemerlangan anda.