9.5.2023 - Program Jamuan Hari Raya JKE & Sanjungan Budi Puan Norliza Kassim
Program anjuran Kelab Kebajikan Staf JKE itu diadakan pada 8 Mei 2023 bertempat di Dewan Serbaguna PSMZA. Selain meraikan Syawal, jamuan tersebut meraikan persaraan Puan Norliza Kassim yang akan bersara pada 1 Jun nanti. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran tetamu undangan khas, Puan Pengarah PSMZA, YBrs Puan Hajah Zamra Derahman dan kedua-dua timbalan beliau, Ts Mohyiddin Salleh (TPA) dan Ts Dr Mohd Hafizil MatYasin (TPSA). Majlis berjalan dengan lancar dan sempurna hasil kerjasama semua staf JKE. Selamat bersara Puan Norliza Kassim dan semoga terus maju jaya.