13.5.2023 - PSMZA SERTAI 16TH FIRA MALAYSIA CUP 2023
Syabas dan tahniah buat pasukan PSMZA Roboteam atas kejayaan memperoleh pingat di pertandingan 16th FIRA Malaysia Cup 2023. Pertandingan yang berlangsung selama 5 hari bermula 8 hingga 12 Mei 2023 di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang menyaksikan Pasukan PSMZA Roboteam berjaya membawa pulang 1 pingat perak dan 2 pingat gangsa. Pada edisi pertandingan kali ini, PSMZA Roboteam menyertai 4 daripada 8 kategori yang dipertandingkan iaitu Airdrone, Aibot, Mybot dan Simurosot. Kategori yang menyumbang pingat kepada Pasukan PSMZA Roboteam adalah Mybot Warrior (Perak), Air drone Line Follower (Gangsa) dan Simurosot Simulation Airdrone Challenge (Gangsa). Pasukan PSMZA Roboteam yang diketuai En. Mohd Fadrul Rizal bin Ab Rahim selaku Ketua Kontijen membariskan 18 orang pelajar dan 7 orang pensyarah pengiring/ketua pasukan daripada dua jabatan induk terbesar PSMZA iaitu Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) dan Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE). Semoga Pasukan PSMZA Roboteam terus cemerlang dan mampu menyertai edisi pertandingan FIRA akan datang dengan kekuatan penuh semua kategori. Sekali lagi syabas dan tahniah diucapkan atas usaha keras semua yang terlibat.