28.8.2023 - Program Kibar Jalur Gemilang Sempena Sambutan Kemerdekaan Kali Ke 66
Program tersebut telah berlangsung di Perkarangan Pintu Utama PSMZA seawal jam lapan pagi dan disempurnakan oleh Pengarah PSMZA, Puan Hajah Zamra Derahman. Pelaksanaan program dengan melekatkan Jalur Gemilang di setiap kenderaan yang masuk ke PSMZA ketika waktu berkenaan yang terdiri dalam kalangan kakitangan dan pelajar PSMZA serta pekerja-pekerja swasta. Program anjuran Unit Komunikasi Korporat PSMZA dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar serta Majlis Perwakilan Pelajar itu turut melibatkan pegawai Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Negeri Terengganu dengan kehadiran pengurusnya, Puan Kartina Ahmad dan beberapa pegawai pengiring. Turut sama mengagihkan pelekat Jalur Gemilang ialah Ts Mohyiddin Salleh (TPA) dan semua barisan Ahli Mesyuarat pengurusan (AMP). Seusai aktiviti pengagihan bendera di perkarangan pintu masuk utama, program beralih ke dalam Dewan Dagang untuk acara kemuncak dengan nyanyian lagu Negaraku, Jalur Gemilang dan Keranamu Malaysia serta laungan Merdeka bersama-sama 200 orang pelajar semester satu. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam program hari ini.